aku,kau dan dia...
Sunday, September 23, 2012
Wanita
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Friday, February 25, 2011
Wednesday, July 28, 2010
WHAT U GIVE,U GET BACK..
WHAT U GIVE U GET BACK...bunyi macam kasar,tapi itulah hakikatnya.. Sama juga seperti kata-kata yang lain "hormatilah orang seperti mana anda ingin dihormati"..dunia ini cukup adil. Kita tidak akan terlepas daripada sebarang pembalasan. Setiap yang kita lakukan,pasti akan ada kesannya. Samada di kreditkan atau di debitkan. Andai ingin buat sesuatu, dinasihatkan untuk lihat dulu kesan yang berkemungkinan akan berlaku, positif dan negatifnya. Jiakalau anda sanggup menanggung kesan negatifnya untuk mendapatkan kesan positifnya, maka teruskanlah. Tapi jika anda x sanggup, dan x yakin sejauh mana kesan negatif itu akan mempengaruhi anda, maka hentikanlah...Kerana setiap yang negatif itu pasti sedikit sebanyak akan mempengaruhi hidup anda..ingat "WHAT U GIVE U GET BACK"..
Tuesday, May 4, 2010
JAGALAH HATI..
Jagalah hati
Jangan kau kotori
Jagalah hati
Lentera hidup ini..
Begitulah antara bait2 lagu yg dinyanyikan oleh kumpulan Snada. Hati ibarat raja. Itulah yang sering kita dengar. Alangkah besarnya peranan hati kerana ia adalah raja. Malangnya,ramai kalangan kita yang tewas menjaga hati. Terdapat 3 jenis hati iaitu Qalbun Sahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati) dan Qalbun Maridh (hati yang sakit). Cuba kita tenung seketika,di golongan manakah letaknya hati kita ni?alhamdulillah jika hati kita adalah Qalbun Sahih, andai Qalbun Mayyit atau Qalbun Maridh???? Apa yang harus kita lakukan. Masih belum terlambat untuk kita jadikan hati kita ni Qalbun Sahih selagi kita belum dijemput Munkar &Nakir. Ayuhlah kita sama2 menjaga hati kita agar ia menjadi raja yang paling dihormati..
KUNCI MENJAGA HATI
§ Menjaga perut
o Sabda Rasulullah s.a.w.:”Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang”.
o Banyak berpuasa sunat
o Makan makanan yang halal sahaja
o Menjaga adab makan dan minum
o Ambil perhatian kesusahan jiran dalam makan minum
o Makan makanan yang berkualiti
o Banyak minum air kosong
§ Menjaga mata
o Guna mata untuk melihat kebesaran Allah dan kemudahan harian seperti mencari jalan dan sebagainya
o Elak melihat yang haram
o Jaga kesihatan mata
o Banyak membaca Al-Quran
o Memakai celak
§ Menjaga kemaluan
o Segera berkahwin
o Menjalin hubungan intim suami isteri
o Elakkan tempat maksiat
o Elakkan pergaulan dengan yang bukan mahram
o Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan
o Bercita-cita untuk mempunyai anak yang ramai
§ Menjaga lidah
o Gunakan lidah untuk berdakwah
o Jangan sakitkan hati kawan dan jiran
o Selalu bertasbih kepada Allah s.w.t
o Selalu membaca Al-Quran
o Elakkan mengumpat, memfitnah dan mencaci
o Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut, gusi dan gigi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
