Jagalah hati
Jangan kau kotori
Jagalah hati
Lentera hidup ini..
Begitulah antara bait2 lagu yg dinyanyikan oleh kumpulan Snada. Hati ibarat raja. Itulah yang sering kita dengar. Alangkah besarnya peranan hati kerana ia adalah raja. Malangnya,ramai kalangan kita yang tewas menjaga hati. Terdapat 3 jenis hati iaitu Qalbun Sahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati) dan Qalbun Maridh (hati yang sakit). Cuba kita tenung seketika,di golongan manakah letaknya hati kita ni?alhamdulillah jika hati kita adalah Qalbun Sahih, andai Qalbun Mayyit atau Qalbun Maridh???? Apa yang harus kita lakukan. Masih belum terlambat untuk kita jadikan hati kita ni Qalbun Sahih selagi kita belum dijemput Munkar &Nakir. Ayuhlah kita sama2 menjaga hati kita agar ia menjadi raja yang paling dihormati..
KUNCI MENJAGA HATI
§ Menjaga perut
o Sabda Rasulullah s.a.w.:”Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang”.
o Banyak berpuasa sunat
o Makan makanan yang halal sahaja
o Menjaga adab makan dan minum
o Ambil perhatian kesusahan jiran dalam makan minum
o Makan makanan yang berkualiti
o Banyak minum air kosong
§ Menjaga mata
o Guna mata untuk melihat kebesaran Allah dan kemudahan harian seperti mencari jalan dan sebagainya
o Elak melihat yang haram
o Jaga kesihatan mata
o Banyak membaca Al-Quran
o Memakai celak
§ Menjaga kemaluan
o Segera berkahwin
o Menjalin hubungan intim suami isteri
o Elakkan tempat maksiat
o Elakkan pergaulan dengan yang bukan mahram
o Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan
o Bercita-cita untuk mempunyai anak yang ramai
§ Menjaga lidah
o Gunakan lidah untuk berdakwah
o Jangan sakitkan hati kawan dan jiran
o Selalu bertasbih kepada Allah s.w.t
o Selalu membaca Al-Quran
o Elakkan mengumpat, memfitnah dan mencaci
o Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut, gusi dan gigi.
No comments:
Post a Comment